Rabu, 09 Maret 2022

ASHEED DEF-GAB-C DARI MALAYSIA RILIS LAGU “BALING”

 


ASHEED DEF-GAB-C DARI MALAYSIA RILIS LAGU “BALING”

Beliau adalah vokalis kumpulan Def-Gab-C yang popular dengan lagu Ibu Kota Cinta, Cinta Sakti, Marilah Maria, Merah dan banyak lagi. Aktif menyayi sejak dari awal tahun 1990 an. Lagu-lagu dari Kumpulan Def-Gab-C kerap diputarkan oleh radio tempatan serta sering mendapat jemputan dari pihak televisyen untuk membuat konsert secara live mahupun secara rakaman. Banyak lagu dari Def-Gab-C menjuarai anugerah juara lagu Malaysia seperti lagu Marilah Maria dan Merah. Untuk lagu BALING ini, beliau mendapat tawaran dari Penerbit ROCKSTAGE ENTERTAINMENT pada sekitar bulan December 2021. Setelah mendengar lagu ini, Asheed tertarik lalu bersetuju untuk menyanyikan lagu ini.

Ini adalah kolobrasi yang ke 2 diantara Asheed dan ROCKSTAGE ENTERTAINMENT yang mana terdahulu beliau telah menyayikan lagu yang berjudul MILIK KITA yang ditujukan khas untuk frontliner yang bersusah payah menjaga negara disebabkan pendemik Covid19 yang melanda dunia. Lagu BALING ini ini dicipta oleh saudara RIEF SW dan lirik ditulis oleh saudara TALIB RSE iaitu pemilik syarikat ROCKSTAGE ENTERTAINMENT. Lagu ini berkisarkan tentang masyarakat sekarang iaitu lebih kepada menyalahkan orang lain dari menyalahkan diri sendiri.

Kami berkolobrasi dengan pemuzik-pemuzik terkenal Malaysia iaitu pemain gitar MUS SATIRA, Bass YAN LEFTHANDED, keyboard AMAN AZLAN THE TYPEWRITER dan drum BAKRI GERHANA SKA CHINTA. Lagu ini boleh dilayari di youtube ROCKSTAGE ENTERTAINMENT serta telah terdapat di semua Digital Platform seperti Spotify, KKBOX, Deezer, Joox, Smule, TikTok dan lain-lain platform.

Didukung Radio Widyaswara streaming Surabaya

https://a1.siar.us/public/radiowidyaswara