Selasa, 16 November 2021

D’OTAIBOYZ, BAND DARI SINGAPURA MENGGEBRAK MUSIK INDONESIA

 


D’OTAIBOYZ, BAND DARI SINGAPURA MENGGEBRAK MUSIK INDONESIA

Band D’OtaiBoyz ditubuhkan pada tahun 2007 dengan maasal The OtaiBoyz tetapi dapat bertahan dalam jangka masa yang singkat setahun sahaja. Kini 2021, dapat meneruskan kembali band ini sebagai projek band dan nama band bertukar ke D’OtaiBoyz. Kami pilih nama itu sebab untuk ke tengahkan lagu-lagu malar segar (Otai) berentak “rock kapak” dan Boyz disebabkan kebetulan nama vocalist kami iaitu Boy Botak. Kumpulan dari Singapura yang dibarisi Boy Botak (vocalist utama), Nazry (gitarutama), Dzoul (gitarkedua), Khai (bassist), Lee (drum) dan Man (keyboardist).

Ketika tahun 2007, kami tidakkeluarkan single dan bergerak secara persembahan membawa lagu-lagu “cover version” pada acara jemputan majlis keramaian. Selepas pelbagai masalah yang dilalui dulu, membuatkan kami akhirnya mengambil keputusan untuk membubarkan kumpulan kami ini seterusnya ia terkubur. Namun sekitar tahun lalu, boy botak ada berbincang dengan saya (Man) mengatakan di anak buat satu projek berkumpulan khas dan ingin kolaborasi dengan saya. Boy botak minta pendapat saya berkenaan nama band. Saya pun teringat bahwa dulu saya pernah menggunakan nama The OtaiBoyz dan ia kenal dengan nama penyanyi Boy Botak. Biarpun  bertapak di Singapura, salah seorang anggota kami iaitu Dzoul berasal dari Malaysia.

 

Sinopsis Permata Ku:

Lagu terbaru kami yang bertajuk “Permata Ku” berentak lebih kepada Balada Rockestra. Sinopsis untuk lagu ini mengisahkan pasangan yang sedang bercinta tetapi berubah dengan sekeli permata atas sebab-sebab yang tertentu kemungkinan curang atau sakit. Terpulang pada pendengar untuk menilaikan

Dengarkan Radio Widyaswara streaming Surabaya

https://a1.siar.us/public/radiowidyaswara

 

 

.